Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Masih Selamat Atau Tidak?

  • Salah satu mata air yang terdapat di bekas runtuhan dekat Apartmen Teratai, Taman
Bunga Raya di siniSalah satu mata air yang terdapat di bekas runtuhan dekat Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya di sini
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Penduduk Blok K dan L Apartmen Teratai Taman Bunga Raya di sini tertanya-tanya akan status penyelenggaraan cerun sama ada sudah selesai sepenuhnya atau dihentikan sementara waktu.

Hal itu disuarakan penduduk selepas mendapati tapak projek tidak dibersihkan sepenuhnya selain mendakwa struktur tanah masih tidak stabil.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan insiden tanah runtuh di kawasan tersebut akibat hujan hingga kesemua penduduk di dua blok berkenaan diarah mengosongkan rumah selama seminggu atas faktor keselamatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi selepas tiga minggu kejadian mendapati bahagian atas cerun sudah dipasang kanvas, sementara  kepingan cerucuk dipacak di sepanjang tebing dan sebahagian runtuhan ditambak dengan sampah sisa binaan.

Tanah di kawasan terjejas didapati berada dalam keadaan basah dan sebanyak tiga punca air ditemui yang datangnya dari dalam runtuhan tersebut.

Difahamkan setiap hari terdapat penyelia akan datang ke lokasi untuk memantau kawasan berkenaan.

Seorang  penduduk, Suhaini Mohd Nor, 38, berkata, insiden tanah runtuh memberikan kesan mendalam buatnya yang kini menjadi lebih berhati-hati.

“Tiap kali hujan memang kami takut sebab tak tahu status cerun. Lepas sehari penduduk balik, pihak bertugas macam dah kosongkan kawasan.

“Takkanlah nak tinggalkan tapak macam itu saja sebab saya tengok keadaannya masih tak sempurna,” katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:21:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page