Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Warga emas naik kerusi roda elektrik dari rumah ke pusat undi

Rosli tiba di pusat undi SK Bandar Baru Batang Kali jam 7.45 pagi.
Rosli tiba di pusat undi SK Bandar Baru Batang Kali jam 7.45 pagi.
 

HULU SELANGOR - Seorang warga emas menaiki kerusi roda elektrik dari rumahnya di Seksyen 3 Bandar Utama Batang Kali ke pusat undi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Batang Kali di sini pada Sabtu.

Warga emas berkenaan, Rosli Sarif, 75, tiba jam 7.45 pagi dan menjadi individu pertama yang mendaftar di pusat undi berkenaan.

Rosli berkata, beliau telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih 20 kali sejak berumur 21 tahun.

Rosli telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih 20 kali sejak berumur 21 tahun.
Rosli telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih 20 kali sejak berumur 21 tahun.
 

"Ini adalah tanggungjawab kita sebagai warganegara untuk memilih pemimpin yang betul.

 

"Kalau lihat keadaan sekarang semakin teruk dan tidak stabil serta berharap dapat kembali menjadi seperti dulu.

"Untuk dapat rawatan sekarang pun berbayar berbanding dahulu semuanya percuma," katanya yang menghidap strok dan sakit jantung.Sempena PRK Kuala Kubu Baharu, beliau mengajak pengundi muda mengambil peluang itu untuk memilih pemimpin yang tepat."Saya nasihatkan buat pengundi baru, fikir baik-baik. Jangan pentingkan diri sendiri kena mengundi untuk masa hadapan negara", katanya.Pusat undi SK Bandar Baru Batang Kali dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan mempunyai 3,183 pengundi berdaftar.

Sumber :Sinar Harian

 

 


Kemaskini pada 2024-05-14 08:18:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page