Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis tembak mati dua lelaki di Hentian Tanjung Malim

Hussein

HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di KM396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak pada malam Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menerima maklumat pertama kejadian tersebut pada jam 11.32 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bertindak mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja kelabu kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Kata beliau, suspek yang menyedari diekori telah bertindak melarikan diri dengan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

 

"Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke hentian sebelah Tanjung Malim arah utara (KM396.5) dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.

"Bagaimanapun suspek telah memulakan tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Pihak polis telah membalas tembakan sehingga memastikan keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Hussein berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada dalam kereta berlumuran darah dan telah meninggal dunia.

Sumber:Sinar Harian 


Kemaskini pada 2024-06-04 07:43:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page