Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kawasan bersejarah Telaga Tujuh Serendah dibersihkan

 

JPS Hulu Selangor membersihkan kawasan pelancongan Telaga Tujuh Serendah. - Foto FB JPS HULU SELANGOR

JPS Hulu Selangor membersihkan kawasan pelancongan Telaga Tujuh Serendah. - Foto FB JPS HULU SELANGOR

HULU SELANGOR: Bagi memastikan Telaga Tujuh Serendah kekal terjaga, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Hulu Selangor melaksanakan kerja pembersihan di kawasan tumpuan pelancong itu, kelmarin.

Jabatan itu berkata, penyelenggaraan dibuat selepas menerima aduan kawasan bersejarah itu dipenuhi sampah-sarap dan sisa kayu yang menghalang aliran air, sekali gus boleh menyebabkan banjir di kawasan hulu kampung dan sekitarnya.

"Tindakan pembersihan segera bagi melancarkan semula aliran air dan juga mencantikkan semula kawasan terbabit yang juga kawasan tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikannya," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, JPS Hulu Selangor memaklumkan Telaga Tujuh Serendah dipercayai dibina ratusan tahun dahulu dengan tujuan mengawal aliran air bagi mengurangkan risiko kawasan Serendah banjir.

Selain itu katanya, ia juga mengawal paras air dalam penggalian perlombongan bijih timah yang terdapat di kawasan sekitarnya suatu ketika dahulu.

"Kombinasi keunikan reka bentuk alam dan misteri sejarah menambah daya tarikan Telaga Tujuh Serendah.

"Empangan kecil ini mempunyai tujuh pintu air yang disusun rapi membolehkan air mengalir melalui tujuh lubang sinki atau alur tumpahan," katanya.

JPS Hulu Selangor berkata, meskipun konsep seperti ini jarang ditemui namun tetap menunjukkan kebijaksanaan dalam reka bentuk empangan terutamanya dalam menangani aliran air yang stabil tanpa tekanan yang berlebihan pada struktur empangan.

"Setiap alur tumpahan bertindak seperti lubang palam dalam tab mandi membolehkan air mengalir dengan lancar, memberi kesan alam dan menenangkan kawasan sekitar," katanya.

Sumber: Berita Harian Online


Kemaskini pada 2024-06-05 07:53:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page