Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

MPHS roboh struktur haram gerai makan

MPHS merobohkan struktur tambahan dibina di sebuah gerai makan di Sungai Kedondong Ulu Yam di Hulu Selangor pada Rabu.
MPHS merobohkan struktur tambahan dibina di sebuah gerai makan di Sungai Kedondong Ulu Yam di Hulu Selangor pada Rabu.
 

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) merobohkan struktur tambahan yang dibina secara haram di sebuah gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di Sungai Kedondong Ulu Yam di sini pada Rabu.

Yang Dipertuanya, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, operasi itu dijalankan bagi merobohkan struktur hadapan premis yang bersambung dengan struktur asal gerai makan terbabit.

"Turut dirobohkan dalam operasi itu termasuklah tandas bersebelahan premis dan pondok yang dijadikan tempat tidur pekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Hasry memberitahu, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan selama dua hari bermula kira-kira jam 9 pagi pada Selasa dan Rabu.

Menurut beliau, operasi secara bersepadu itu turut dilakukan dengan kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Selangor, polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Wilayah Hulu Selangor.

Ujar beliau, operasi bersepadu berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua agensi terbabit."Operasi perobohan dilakukan menggunakan jengkaut dan dua lori dengan muatan 10 tan metrik," tambah beliau.


Kemaskini pada 2024-06-13 07:58:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page