Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penjenayah rempuh kenderaan polis cedera ditembak

No Image Caption

HULU SELANGOR - Tindakan seorang lelaki yang merempuh kenderaan polis ketika cuba melarikan diri semasa ditahan mengundang padah apabila dia ditembak dalam kejadian dekat Serendah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu berlaku ketika kenderaan jenis Perodua Alza berwarna ungu dinaiki suspek terbabit didapati dalam keadaan mencurigakan sebelum diekori pihak polis dari kawasan Mualim, Perak.

"Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya itu di hadapan gerai makan di kawasan Serendah.

"Anggota polis kemudiannya bertindak menghalang kenderaan suspek menggunakan dua kenderaan sebelum suspek bertindak merempuh kedua kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, anggota polis terlibat kemudiannya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

"Anggota polis kemudiannya bertindak menahan suspek dan mendapati suspek mengalami kecederaan di bahagian perut akibat terkena tembakan berkenaan.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek miliki 14 rekod jenayah lampau dan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Kemaskini pada 2024-06-25 08:52:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page