Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemandu kereta langgar dua penunggang motosikal dibebas dengan jaminan polis

HULU SELANGOR - Pemandu kereta yang ditahan kerana disyaki melanggar dua penunggang motosikal di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini, pada Ahad dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu tidak disambung.

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal

 

"Siasatan terhadap lelaki itu telah selesai, dia telah diberikan jaminan polis sehingga ada arahan lanjut untuk siasatan kes berkenaan.

"Pihak polis dalam proses menunggu laporan pakar, kertas siasatan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
 

Pada Isnin, media melaporkan siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan memandu kereta jenis Perodua Bezza dari arah Rawang menuju ke Ulu Yam cuba memotong kenderaan di hadapannya, kira-kira jam 6.58 petang, Ahad.Lelaki berkenaan bagaimanapun telah melanggar dua buah motosikal dari arah bertentangan.


Video tular yang memaparkan insiden kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh pada Ahad.
Video tular yang memaparkan insiden kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh pada Ahad.

Penunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Seorang lagi mangsa berusia 53 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda cedera dan dibawa ke zon merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Pemandu kereta tersebut direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kemaskini pada 2024-07-04 09:16:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page