Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Anak ternampak pistol, peluru dalam beg bapa ketika ambil duit belanja sekolah

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE || AMIRUL AIMAN BIN HAMSUDDIN
Foto hiasan. Foto hiasan.
HULU SELANGOR: Tindakan seorang lelaki menyimpan sepucuk pistol bersama kelopak dan 18 butir peluru mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek berusia 42 tahun berhubung senjata api itu.

Beliau berkata, pengadu dan suaminya sebelum itu berselisih faham sejak empat tahun lalu."Susulan laporan, polis menyerbu rumah suspek di daerah ini pada 11 malam Khamis lalu dan menahan lelaki itu. Pemeriksaan menemui pistol jenis Styer, kelopak dan 18 butir peluru hidup," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, semasa rakaman percakapan, wanita itu memaklumkan anaknya memberitahu suspek memiliki pistol yang dilihatnya ketika ingin mengambil duit belanja sekolah di dalam beg.

Katanya, semakan mendapati suspek memiliki pistol itu sejak 2014 dan tidak mempunyai lesen senjata api yang sah."Saringan air kencing lelaki itu didapati negatif selain tidak mempunyai rekod lampau. Dia direman tujuh hari bermula 19 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.


Kemaskini pada 2024-07-22 08:14:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page