Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Jalan Raya Macam Kawah

Pengguna jalan raya di sini terpaksa berdepan dengan jalan yang rosak. Keadaan lebih teruk jika waktu hujan.

BUKIT SENTOSA - Kerosakan jalan di beberapa lokasi sepanjang laluan Jalan Ros, di sini, membahayakan pengguna khususnya penunggang motosikal.

Malah penduduk terpaksa berdepan kos tinggi untuk baik pulih kenderaan gara-gara masalah jalan rosak yang dilalui setiap hari.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk di Perumahan Ros 1 dan 2 itu rosak teruk iaitu berlubang-lubang, berpasir malah ada di antaranya boleh diibaratkan seperti kawah.

Seorang penduduk, Abdul Hadi Abdul Rauf, 44, berkata, jalan di situ mula rosak sejak tahun 2005, malah beberapa aduan pernah disuarakan.

“Kami tak ada pilihan, tiap-tiap hari kena juga lalu jalan ni. Jalan yang sama digunakan kenderaan berat yang masuk ke kawasan kilang-kilang. Sebab tu jalan yang dah dibaiki tak boleh tahan lama. Makin lama makin teruk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Ros 2, Ahmad Daud Ali berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada tahun 2006, namun belum ada sebarang perkembangan memberangsangkan.

Selepas aduan katanya, pihak berkenaan hanya menampal jalan-jalan yang berlubang tetapi tidak membaik pulih kerosakan secara menyeluruh.

“Paling lama pun dua minggu bertahan, selepas tu rosak semula. Jalan-jalan di sini mula rosak bila laluan E9 dibuka untuk kenderaan berat menuju ke pusat perindustrian berhampiran sini," katanya yang risau masalah jalan yang makin teruk boleh membawa kepada kehilangan nyawa kepada penduduk.

Kemaskini pada 2016-02-22 08:27:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page