Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas

27 Julai 2024 01:05pmMasa membaca: 4 minit
 
No Image Caption
 

HULU SELANGOR - Anggota polis yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman sudah menerima cadangan daripada Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris untuk menahan kerja anggota polis terbabit.

"Pihak Bukit Aman menerima cadangan itu untuk menahan kerja anggota polis terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Razarudin.
Razarudin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan anggota polis, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, di sini antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Mayatnya ditemukan kira-kira jam 6 petang, 15 Julai lalu dipercayai dibunuh individu dikenali dan susulan itu, polis menahan anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun.


Kemaskini pada 2024-07-29 08:50:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page