Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bersyukur Dapat Masjid Baru

  • Masjid Noor Hidayah yang tersergam indah untuk kegunaan penduduk setempat.Masjid Noor Hidayah yang tersergam indah untuk kegunaan penduduk setempat.
< 1 / 1 >
FELDA SUNGAI TENGI - Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Noor Hidayah disaran lakukan penyelenggaraan secara teratur bagi menggelakkan kemudahan yang disediakan di rumah ibadat berkenaan mengalami kerosakan pada masa hadapan.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ir Ab. Hamid Md. Daud berkata, kerjasama setiap AJK amat penting memandangkan tugas-tugas penyelenggaraan perlu diberi keutamaan supaya setiap kemudahan yang mengalami kerosakan dapat diambil tindakan segera.

“AJK disaran untuk membuat laporan segera kepada Jurutera Daerah Hulu Selangor sekiranya masjid berkenaan mengalami kerosakan dalam tempoh setahun ini,” katanya ketika Majlis Penyerahan Masjid Noor Hidayah, semalam.

Menyentuh mengenai majlis berkenaan, Hamid berkata, projek pembinaan masjid baharu itu telah bermula sejak tahun 2012 dengan kos sebanyak RM5.2 juta.

Menurutnya, projek berkenaan yang dijadual siap April tahun lalu terpaksa menghadapi kelewatan dan siap sepenuhnya pada 12 Disember lalu atas sebab terdapat pindaan kepada reka bentuk pelan binaan sebelum ini.

Dalam pada itu, Pengawai Kemajuan Negeri Selangor, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, pihaknya memberikan peruntukan RM3 juta bagi menjalankan pembinaan masjid  yang mampu memuatkan hampir 1000 orang jemaah pada satu masa itu manakala selebihnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu, Rosli turut berharap agar JKR dapat memberikan perhatian khusus terhadap keadaan kubah masjid berkenaan bagi menggelakkan masalah kebocoran berlaku pada masa hadapan.

“Untuk reka bentuk masjid akan datang, masalah kubah perlu diberi perhatian,” katanya.

Sementara itu, Nazir Masjid Noor Hidayah, Mastur Yusof berkata, penantian penduduk di sini bagi mendapatkan masjid baharu telah berakhir dan masyarakat setempat merasa amat bersyukur di atas usaha yang diambil pihak terlibat.

Menurut Mastur, masjid lama di kawasan berkenaan telah dibina sejak tahun 1973 dan kini ia tidak mampu untuk menampung jumlah kariah yang semakin bertambah.

“Masjid lama itu kini dijadikan sebagai pusat tahfiz dan kemudahan rumah ibadat ini kini dapat dimanfaatkan banyak pihak,” katanya.

Kemaskini pada 2015-02-04 08:02:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page