Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Seramai 141 mangsa banjir di Hulu Bernam berlindung di PPS takat malam ini

image
Mangsa banjir sekitar Kampung Sungai Selisik, Hulu Selangor ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewa Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisek, Hulu Selangor pada 5 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

 

SHAH ALAM, 5 OGOS: Sebanyak 141 mangsa banjir daripada 49 keluarga di Hulu Bernam masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, menurun sedikit berbanding 143 mangsa petang tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor memaklumkan keadaan di sekitar PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah dilaporkan terkawal dengan cuaca pada malam ini adalah baik.

PPS berkenaan menempatkan mangsa dari enam kampung yang terjejas iaitu Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar.

Terdahulu, Bernama melaporkan situasi banjir di daerah Muallim, Perak pulih apabila satu-satunya PPS yang menempatkan 82 mangsa daripada 19 keluarga ditutup petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memberitahu kesemua mangsa yang berlindung di PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

— BERNAMA


Kemaskini pada 2024-08-06 09:21:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page