Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Inap dusun diarah henti operasi serta-merta

Sebuah inap dusun di Kampung Orang Asli, Mukim Serendah diarahkan menghentikan operasi serta-merta pada Jumaat. Foto Facebook MPHS
Sebuah inap dusun di Kampung Orang Asli, Mukim Serendah diarahkan menghentikan operasi serta-merta pada Jumaat. Foto Facebook MPHS
 

HULU SELANGOR - Sebuah inap dusun di Kampung Orang Asli, Mukim Serendah diarahkan menghentikan operasi serta-merta selepas dikesan beroperasi tanpa kebenaran merancang (KM) dalam operasi khas pada Jumaat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Julaihah Jamaludin berkata, operasi jam 9.30 pagi itu dijalankan secara bersepadu beberapa jabatan MPHS.

Menurut beliau, pengusaha inap juga dikesan melakukan kesalahan lain iaitu mendirikan bangunan dan mengendalikan inap dusun tanpa kebenaran daripada MPHS.

"Hasil semakan mendapati terdapat pemajuan premis inap dusun tanpa kebenaran yang didirikan di atas tanah lot hak milik di Mukim Serendah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Julaihah berkata, satu notis KM, notis kesalahan serta tawaran kompaun telah dikeluarkan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

"Jabatan Penguatkuasaan MPHS mengeluarkan notis menghentikan aktiviti rumah tumpangan (inap dusun) dan notis am bagi penyediaan tong sampah di premis."Notis dan tawaran kompaun telah diserah kepada wakil pemilik tanah dan premis terbabit dikehendaki untuk memberhentikan kerja dengan serta-merta," ujar beliau.

Sumber: Sinar Online


Kemaskini pada 2024-08-12 07:52:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page