Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Premis proses ayam cemar sungai, MPHS keluar tiga notis amaran

15 Ogos 2024 12:21
 
MPHS mengeluarkan tiga notis amaran terhadap sebuah premis pemprosesan ayam atas kesalahan melakukan pencemaran sungai.MPHS mengeluarkan tiga notis amaran terhadap sebuah premis pemprosesan ayam atas kesalahan melakukan pencemaran sungai.
 

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan tiga notis amaran kepada sebuah premis pemprosesan ayam atas kesalahan melakukan pencemaran sungai.

MPHS dalam kenyataannya memaklumkan, operasi itu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Menurut beliau, operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan awam terhadap aktiviti pencemaran sungai di premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut melepaskan sisa pelupusan terus ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, katanya, MPHS mengeluarkan tiga notis amaran iaitu di bawah Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 26 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"MPHS menyarankan warga Hulu Selangor memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan serta melindungi alam sekitar daripada apa jua bentuk pencemaran dan kekotoran," ujar beliau.


Kemaskini pada 2024-08-16 09:12:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page