Sebahagian mangsa yang diselamatkan selepas terperangkap akibat kepala air di tapak perkhemahan di Ulu Rening petang tadi. - Foto ihsan Bomba
HULU SELANGOR: Seramai 38 individu berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Ulu Rening, Batang Kali, di sini, malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.04 malam.
Beliau berkata, sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian."
Menurut laporan awal, kejadian membabitkan 38 penyewa tapak perkhemahan."Mangsa membabitkan 10 lelaki, 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Ahmad Mukhlis berkata, semua mangsa selamat paras air di tempat kejadian semakin surut.
Kemaskini pada 2024-08-26 08:11:22 daripada Administrator