Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mahkamah tetap 7 Okt serahan laporan bedah siasat Nur Farah Kartini

image
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 17 Julai 2024. Foto BERNAMA

HULU SELANGOR, 30 OGOS: Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat bagi kes Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, bulan lepas.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Asma Che Wan memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua laporan itu masih belum siap.

“Laporan kimia dan bedah siasat masih belum siap dan saya memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes,” kata Asma.

Peguam Nur Aida Md Zainuddin yang mewakili Muhammad Alif turut mengesahkan perkara itu.

Pada 26 Julai lepas, anggota polis yang bertugas di Perak itu didakwa membunuh Nur Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ibu dan beberapa ahli keluarga Nur Farah Kartini turut hadir prosiding kes hari ini.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

-BERNAMA


Kemaskini pada 2024-09-02 08:15:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page