Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis tembak mati penjenayah miliki 16 rekod jenayah

31 Ogos 2024 08:02am
 
Seorang penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, pada Khamis. Gambar hiasan
Seorang penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, pada Khamis. Gambar hiasan

RAWANG - Seorang penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung di sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku pada jam 9.33 malam apabila suspek enggan berhenti dan telah melepaskan tembakan ke arah pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Hussein
Hussein

 

Katanya, pihak polis kemudian telah membalas beberapa tembakan dan suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian itu. 

“Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.


Kemaskini pada 2024-09-02 08:17:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page