Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Cintai Al-Quran Melalui Hafazan

  • Peserta dan ahli jawatankuasa WI Hulu Selangor bersama Mat Nadzari selepas majlis penutup program.Peserta dan ahli jawatankuasa WI Hulu Selangor bersama Mat Nadzari selepas majlis penutup program.
< 1 / 3 >

BATANG KALI - Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Hulu Selangor menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dan Hafazan al-Quran bertujuan untuk meningkatkan penghayatan terhadap perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Pengerusi WI Daerah Hulu Selangor, Mariah Mohd Tasir berkata, selain memberi pendedahan mengenai perjuangan Rasulullah, pelaksanaan program itu juga bertujuan bagi memberi pendedahan untuk mengasah bakat peserta dalam kemahiran menghafaz al-Quran.

Menurutnya, setiap cawangan WI di Hulu Selangor perlu menghantar dua wakil bagi menyertai pertandingan hafazan berkenaan.

“Ini program tahunan WI, Alhamdulillah kali ini kita mendapat penyertaan kira-kira 60 peserta,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, empat kategori hafazan dipertandingkan iaitu Tahap 1 (7-9 Tahun), Tahap 2 (10-12 Tahun), Tahap 3 (Remaja) dan Tahap 4 (Wanita).

Katanya, pemilihan surah berdasarkan kategori seterusnya memberi ruang peserta meningkatkan mutu bacaan al-Quran.

“Kita cuba terap kepentingan al-Quran melalui pelaksanaan program ini dan ia adalah antara usaha yang dibuat pada setiap tahun,” katanya.

Katanya, ceramah Maulidur Rasul dianjurkan tersebut juga disampaikan oleh Pengurus Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Bahru, Abdul Wahid Ishak.

Dalam pada itu, Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang turut dijemput bagi merasmikan majlis penutup berkata, pihaknya menyokong pelaksanaan program sedemikian bagi memberi pendedahan mengenai sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW.

“Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah dan perjuangan pemimpin Islam dalam memartabatkan agama yang kita sanjungi,” katanya.

Nadzari berkata, hari kelahiran Rasulullah SAW wajar diisi dengan penganjuran program sebegini bagi memperkasakan akhlak dan sahsiah diri yang kesannya bakal menguntungkan masyarakat secara keseluruhan.

Katanya, dengan ini akan memudahkan kerajaan untuk meneruskan agenda bagi membina negara yang aman makmur dan bahagia.


Kemaskini pada 2015-02-12 16:46:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page