Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

R&R Pertama Untuk Geng Basikal

  • R&R Kampung Asam Kumbang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat penggemar sukan berbasikalR&R Kampung Asam Kumbang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat penggemar sukan berbasikal
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM50,000 membina kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) buat penggemar sukan berbasikal di Kampung Asam Kumbang dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, inisiatif pelaksanaan R&R ini merupakan antara kemudahan pertama yang dibina di Malaysia khas buat peminat sukan berbasikal dan ia dijangka dapat mempromosikan kawasan ini sebagai antara lokasi tumpuan pengunjung.

"Langkah ini sejajar dengan pelaksanaan Tahun Melawat Selangor 2015 serta mempromosikan daerah ini yang mempunyai banyak lokasi rekreasi dan riadah menarik.

“Pembinaan R&R ini merupakan cetusan idea yang sangat baik dalam usaha menarik lebih ramai penggemar sukan berbasikal serta pengunjung ke sini,” katanya.

Menurutnya, penubuhan R&R tersebut yang dilengkapi dengan tandas, bilik mandi serta gerai makan dilihat dapat memudahkan pengayuh basikal yang sering hadir ke sini bagi melakukan aktiviti berkenaan.

"Kawasan tersebut sememangnya menjadi tumpuan penggemar sukan berbasikal, oleh sebab itu inisiatif ini diambil bagi memberi keselesaan kepada mereka,” katanya.

Kee Hiong berkata, pembinaan R&R berkenaan meliputi tiga fasa dan kos bagi kerja-kerja ini adalah daripada kerajaan negeri melalui peruntukan Adun serta peruntukan pembangunan Kampung Baru Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, pihaknya akan menganjurkan majlis pembukaan R&R berkenaan Sabtu ini sejajar dengan pelaksanaan program Kuala Kubu Bharu Fun Ride.


Kemaskini pada 2015-02-12 16:47:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page