Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mohamed Ahil hilang sejak 6 Ogos ditemui selamat

Mohamed Ahil ditemui selamat di kasawan Bukit Beruntung.
Mohamed Ahil ditemui selamat di kasawan Bukit Beruntung.

 

HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lalu ditemui selamat di daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim ditemui di kawasan Bukit Beruntung, kira-kira jam 7.15 malam.

"Kanak-kanak itu dijumpai seorang pemilik madrasah tahfiz di mana dia sedang bermain dengan rakannya," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Mohamed Ahil kemudian diserahkan kepada ibu bapanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohamed Ahil dilihat kali terakhir di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada jam 8.20 malam, 6 Ogos lalu.

Kanak-kanak itu memakai baju lengan panjang berwarna merah, seluar panjang dan memakai sandal.

 

Sumber :BHOnline


Kemaskini pada 2024-09-09 07:46:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page