DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Percuma Hingga Hujung Bulan

  • Ismail melihat demonstrasi minum air akar, sebahagian daripada pakej ikhtiar hidup yang ditawarkan di kem itu.Ismail melihat demonstrasi minum air akar, sebahagian daripada pakej ikhtiar hidup yang ditawarkan di kem itu.
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Selepas hampir tiga tahun ditutup, Kem The Woods milik Yayasan Selangor terletak di Jalan Ulu Yam di sini, dibuka semula kepada orang awam bermula semalam.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ismail Idris berkata, kemasukan percuma dibuka kepada orang awam sehingga hujung bulan ini sebagai langkah promosi.

Menurutnya, sebanyak RM200,000 dikeluarkan yayasan untuk kos baik pulih yang kini selesai untuk fasa pertama, termasuk penyediaan surau dan kemudahan perkhemahan.

“Tumpuan di peringkat permulaan melibatkan aktiviti harian seperti perkhemahan, perkelahan, hari keluarga dan pakej ikhtiar hidup.

“Kita sasarkan jumlah pendapatan tahunan adalah sebanyak RM1 juta sebagai permulaan dan berharap dapat digunakan untuk kos penyelenggaraan kawasan serta juga kawalan keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, penjenamaan semula kem bina semangat itu turut menawarkan tapak sewaan majlis perkahwinan dan pembangunan lain secara berfasa.

“Cadangan pembinaan chalet dan restoran juga dalam cadangan untuk fasa berikutnya.

“Yayasan Selangor mempunyai tiga kem buat masa ini, selain The Woods terdapat dua kem lagi terletak di Rimba Templer Selayang dan Kuala Kubu Baru,” katanya.

Semalam, kira-kira 350 pelajar daripada asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam dan Klang menjalankan aktiviti di kem berkenaan sebagai gimik pelancaran.


Kemaskini pada 2015-02-16 07:43:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page