Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bau busuk rungkai penemuan mayat wanita warga asing

Gambar hiasan
Gambar hiasan

HULU SELANGOR - Misteri bau busuk dari sebuah rumah terungkai dengan penemuan mayat seorang wanita warga asing dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu dalam kejadian di Kampung Sungai Choh dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, maklumat berkaitan kejadian diterima pihaknya pada jam 1.05 petang.

"Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan kemudiannya menemui mayat seorang wanita dipercayai warga asing.

"Siasatan lanjut mendapati individu berkenaan berumur 48 tahun serta tinggal seorang diri di rumah itu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, semakan mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi sakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Siasatan mendapati wanita itu tinggal seorang diri semenjak kematian suaminya lapan bulan lalu."Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2024-09-30 08:22:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page