Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Projek talian penghantar TNB patuhi syarat, jamin kualiti air Sungai Chiling

image
EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim dan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao mendengar penerangan Pengarah Projek (500kv) Tenaga Nasional Berhad Harizul Dzarfan Musa mengenai tapak projek talian penghantar TNB 500KV dari PMU Tapah ke PMU Bentong South melalui Hulu Selangor pada 8 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

 

HULU SELANGOR, 8 OKT: Projek talian penghantar Tenaga Nasional Berhad (TNB) 500KV dari pencawang masuk utama (PMU) Tapah ke Bentong South mematuhi syarat penilaian impak alam sekitar (EIA).

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menjelaskan pembangunan melalui kawasan Hulu Selangor itu juga masih mengekalkan pusat santuari (tempat perlindungan) ikan sekitar Sungai Chiling.

Dilaksana bermula Jun lalu, beliau berkata pentadbiran negeri turut berpuas hati dengan pengurusan kawalan hakisan dan binaan jalan serta kualiti air yang dipastikan dalam keadaan baik.

“Projek ini tertangguh sejak tiga tahun dan awalnya dicadangkan pembinaan menggunakan helikopter untuk hakisan yang boleh menjejaskan Sungai Chiling, sekali gus populasi ikan kelah.
image
EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim ditemui media pada lawatan tapak projek talian penghantar TNB 500KV dari PMU Tapah ke PMU Bentong South melalui Hulu Selangor pada 8 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

 

“Namun, hasil perbincangan memutuskan pelaksanaan menggunakan kaedah konvensional dan pembinaan jalan bagi projek ini hanya terhad kira-kira 8.3km sahaja,” katanya ditemui hari ini.

Menurut Ir Izham, projek melibatkan pembinaan 121 menara yang dijangka siap Oktober tahun depan penting, berikutan ia menjamin kestabilan bekalan elektrik.

Tambahnya lagi, TNB sentiasa mengambil sampel air dari semasa ke semasa untuk menjamin kualiti air secara berterusan selain memastikan bacaannya pada tahap yang dibenarkan.

Setakat 2021, sebanyak 98 unit menara siap dibina dari Hulu Bernam ke sempadan Selangor – Pahang, manakala baki yang belum dipasang melibatkan kawasan Sungai Chiling (Hutan Simpan Hulu Selangor).

Kerja pemasangan di kawasan itu terhenti seketika berikutan isu logistik yang dihadapi ketika itu, iaitu kesukaran penghantaran bahan binaan ke tapak berbukit.


Kemaskini pada 2024-10-09 09:18:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page