
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menandatangani surat beranak tapir yang dinamakan Langit ketika majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar Selangor 2024 di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
HULU SELANGOR, 13 OKT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menamakan seekor anak tapir betina yang dilahirkan Julai lalu sempena Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor hari ini.
Tengku Amir Shah berkenan menamakan ‘Langit’ kepada anak Tapir Malaya itu yang kini berusia lebih tiga bulan selepas dilahirkan di Pusat Konservasi Tapir Sungai Dusun, dekat sini.

Baginda diiringi EXCO Alam Sekitar turut berkenan menyambut ulang tahun ketiga Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan memotong pulut kuning bersama Yang Dipertuanya Julaihah Jamaluddin.Sementara itu Jamaliah Jamaluddin berkata sambutan bertujuan menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama meraikan semangat cintakan alam sekitar.“Sambutan ini juga menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selain menjadi peringatan kepada semua tentang tanggungjawab terhadap bumi dan alam sekitar,” katanya.



Kemaskini pada 2024-10-14 08:20:58 daripada Administrator