Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Geng Darshan samun pusat pencawang utama TNB tumpas

Foto hiasan
Foto hiasan

 

HULU SELANGOR: Polis menahan empat lelaki yang menyasarkan pusat pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Batang Kali sebagai lokasi samun di beberapa lokasi sekitar Bentong, Pahang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata selain tangkapan suspek berusia 20-an hingga 50-an, polis merampas pelbagai barangan dan kenderaan daripada kumpulan dikenali sebagai geng Darshan.

"Antaranya lori jenis Hino, pikap Ford Ranger, telefon bimbit, sarung dan gari serta peralatan pecah premis.

"Selain itu pembalut kabel bercetak TNB, kunci dan pakaian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, semakan mendapati suspek utama mempunyai rekod lampau jenayah manakala tiga lagi tiada rekod.

"Ujian air kencing suspek negatif. Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 21 Oktober ini."Kes disiasat mengikut Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya.


Kemaskini pada 2024-10-18 16:05:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page