A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Kesal Tanaman Kelapa Sawit Diracun
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kesal Tanaman Kelapa Sawit Diracun

  • Kesal tanaman kelapa sawit diracunKeadaan tanaman di kebun milik Swee Ming yang dikatakan dimusnahkan pihak tertentu menggunakan racun.
< 1 / 1 >
SUNGAI TINGGI - Seorang pekebun berasa resah apabila tanah miliknya di petak 13(PT1085) di sini sering diceroboh pihak tidak bertangunggjawab dan bertindak merosakkan tanaman kelapa sawit yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Pekebun, Wong Swee Ming, 68, berkata, tanah yang diusahakan itu adalah milik anaknya dan ia telah diberikan Lesen Pendudukan Sementara (Tol) oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor (PDTHS) sejak tahun 2004 lagi.

Namun, Swee Ming mendakwa ada pihak tidak berpuas hati dan beberapa kali bertindak meracun semua tanaman kelapa sawit miliknya.

“Sebelum ini, saya telah beberapa kali berdepan masalah ini dan kejadian terbaru adalah pada 15 Februari lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, Swee Ming memaklumkan bahawa kira-kira 30 batang pokok kelapa sawit yang ditanamnya mati akibat diracun.

Swee Ming mendakwa, pihaknya mempercayai kegiatan itu dilakukan pada waktu malam dengan tujuan untuk mensabotaj semua tanaman yang diusahakan itu.

“Anak saya meminta saya untuk mengusahakan tanah ini daripada dibiarkan terbiar.

“Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati dan beranggapan bahawa lot berkenaan adalah bukan milik kami. Malah, mereka juga telah beberapa kali meracun tanaman kelapa sawit yang ditanam dan memberi kerugian buat kami,” katanya.

Swee Ming berkata, pihaknya mempunyai segala dokumen lengkap bagi mengesahkan lot berkenaan adalah milik anaknya berdasarkan pembayaran lesen Tol di PDTHS sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya turut mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM5,000 disebabkan oleh tindakan pihak tidak bertangungjawab yang merosakkan tanaman miliknya sebelum ini.

“Kami sekeluarga pun tak tahu kenapa tanah ini diceroboh sedangkan ia memang milik kami.

“Saya tidak mengesyaki mana-mana pihak dalam hal ini memandangkan tidak pernah berdendam dengan sesiapa sebelum ini,” katanya.

Bimbang dengan keadaan itu, Swee Ming memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa bagi menggelakkan kejadian sedemikian berulang pada masa depan.

Kemaskini pada 2015-03-05 08:59:08 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page