Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS peruntuk RM120,000 tingkat kesedaran orang ramai, laksana projek kemampanan bandar

image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan Anugerah Bandar Paling Mampan kategori Perbandaran kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Julaihah Jamaludin ketika Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Selangor 2024 di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang Jaya pada 20 Oktober 2024. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

 

AMPANG JAYA, 21 OKT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyediakan dana RM120,000 sebagai Geran Khas Komuniti Mampan dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai menjaga alam sekitar.

Yang Dipertuanya Julaihah Jamaludin berkata pemberian geran itu membabitkan empat kategori iaitu komuniti, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan institusi keagamaan.

“Geran ini memberi tawaran sebagai bantuan kewangan kepada komuniti di Hulu Selangor melaksanakan projek ke arah kemampanan bandar.

“Mereka perlu membuat permohonan, menyerahkan kertas kerja untuk sesi penilaian sebelum menerima tawaran jalani projek berkaitan teknologi hijau, alam sekitar dan sosial,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima Anugerah Bandar Mampan menerusi kategori daerah yang disampaikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 peringkat negeri Selangor di sini, semalam.

image
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Julaihah Jamaludin menunjukkan plak yang diterima ketika Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Selangor 2024 di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang Jaya pada 20 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA

Julaihah memaklumkan kerjasama MPHS bersama agensi Kerajaan Negeri lain sentiasa komited dalam memberi peluang dan sokongan kepada komuniti daerah Hulu Selangor menjalani projek mampan menjadi faktor utama kemenangan anugerah itu.

“Projek mampan ini turut merapatkan hubungan MPHS bersama komuniti sekali gus memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad berkata penghargaan Bandar Paling Bahagia yang diterima membuktikan penduduk menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar pihak berkuasa tempatan itu.

“Kaji selidik yang dijalankan membabitkan 600 responden yang mencakupi soalan berkaitan kemudahan infrastruktur dan inisiatif ekonomi yang dirangka Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Selangor.

“Alhamdulillah, dari keseluruhan sampel jawapan diterima sangat positif memberi skor tinggi yang mengiktiraf Ampang Jaya sebagai bandar paling bahagia di Selangor,” ujarnya.

image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan Anugerah Bandar Paling Bahagia kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang, Dr Ani Ahmad ketika Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Selangor 2024 di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang Jaya pada 20 Oktober 2024. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

 

SELANGOR

 

 


Kemaskini pada 2024-10-21 10:26:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page