
Saraliana
HULU SELANGOR - Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari sebuah rumah di Bandar Utama Batang Kali di sini, pada 12 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan kehilangan Saraliana Muhamad dibuat oleh ibu remaja itu pada Jumaat.
"Saya mengesahkan laporan polis diterima dan pihak kami melaksanakan siasatan di bawah kes orang hilang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Terdahulu tular di laman sosial, Saraliana dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda pada jam 4 petang.
Kemaskini pada 2024-10-23 08:00:39 daripada Administrator