Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Wanita maut kereta rempuh besi penghadang lebuh raya

Seorang wanita maut selepas kereta Proton Wira dinaiki terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 434.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Buaya, hari ini. - Foto ihsan polis

Seorang wanita maut selepas kereta Proton Wira dinaiki terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 434.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Buaya, hari ini. - Foto ihsan polis

 

HULU SELANGOR: Seorang wanita maut, manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 434.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Buaya, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata polis menerima laporan berhubung nahas membabitkan sebuah kereta Proton Wira jam 8.25 pagi.

"Siasatan awal mendapati, kenderaan itu dalam perjalanan ke arah selatan dipercayai terbabas dan merempuh penghadang jalan.

"Pemandu kereta berusia 56 tahun cedera parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut, manakala penumpang wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.
Ahmad Faizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kemaskini pada 2024-11-15 08:09:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page