Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Wanita ditemukan meninggal dalam kereta

Foto hiasan

Foto hiasan

 

HULU SELANGOR: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di Tasik Widuri, Bukit Sentosa, di sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 2.50 petang.Beliau berkata, mangsa berusia 38 tahun ditemui terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Suzuki Swift.

"Tiada kesan kecederaan pada tubuh badan wanita itu. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian," katanya menerusi satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Faizal berkata tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Polis sedang melengkapkan siasatan kes dan menunggu laporan bedah siasat," katanya.


Kemaskini pada 2024-11-20 07:45:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page