Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Premis makanan diarah tutup gara-gara tahi ayam, tikus

20 Disember 2024 04:51pm

Beberapa pelanggaran serius terhadap standard kebersihan premis makanan telah dikesan dalam operasi MPHS. Gambar kanan: Tahi ayam di permukaan telur.
Beberapa pelanggaran serius terhadap standard kebersihan premis makanan telah dikesan dalam operasi MPHS. Gambar kanan: Tahi ayam di permukaan telur.

 

HULU SELANGOR - Sebuah premis makanan di sini diarah tutup setelah didapati melanggar piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

MPHS dalam kenyataan memaklumkan, penutupan premis dibuat susulan pemeriksaan rutin Bahagian Inspektorat, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di Batang Kali.

Keadaan perangkap minyak serta sisa makanan yang tidak diselenggara.
Keadaan perangkap minyak serta sisa makanan yang tidak diselenggara.

"Beberapa pelanggaran serius terhadap standard kebersihan premis makanan telah dikesan termasuklah penemuan najis tikus dan hurungan lipas di kawasan penyimpanan makanan.

"Turut ditemui najis ayam di permukaan telur, pelepasan asap dapur yang berminyak dan kotor serta perangkap minyak serta sisa (makanan) yang tidak diselenggara.

"Selain itu, keadaan dinding premis juga berminyak dan bersawang," kata pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan di laman Facebooknya itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, ujarnya, pengendali makanan di premis tersebut juga didapati tiada sijil kursus pengendali makanan yang sah dan tidak melantik operator kawalan haiwan perosak yang berdaftar dengan Lembaga Racun Malaysia.

"Kotak sarang telur juga digunakan di kawasan penyimpanan makanan dan beberapa kesalahan lain berkaitan kebersihan premis makanan di bawah piawaian MPHS," jelasnya.

Susulan itu, Notis Arahan Penutupan selama 14 hari di bawah UUK 62, UUK Establisymen Makanan (MPHS) 2007 telah dikeluarkan.

"Pemilik premis dikehendaki melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembetulan serta-merta dan dinasihatkan agar mematuhi semua arahan bagi membolehkan premis kembali beroperasi.

"Diharapkan tindakan tegas ini dapat memberi amaran kepada pemilik dan pengendali premis makanan lain untuk memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di premis mereka sentiasa dijaga demi kesejahteraan pengguna," tambah kenyataan itu.


Kemaskini pada 2024-12-23 16:14:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page