Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lori terbalik punca tumpahan minyak di Sungai Bernam

LUAS mengaktifkan Kod Kuning berikutan kejadian tumpahan minyak daripada lori yang terbabit kemalangan di Sungai Bernam, Kampung Serigala, Behrang di sini, pada 1 petang Ahad. Foto Facebook LUAS
 

HULU SELANGOR - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Kod Kuning berikutan kejadian tumpahan minyak daripada lori yang terbabit kemalangan di Sungai Bernam, Kampung Serigala, Behrang di sini, pada 1 petang Ahad.

LUAS memaklumkan, lori yang belum dikenal pasti pemiliknya menyebabkan tumpahan minyak sepanjang 100 meter mengalir masuk ke sungai.Menurutnya, kejadian tersebut berpotensi memberi kesan kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek pada jarak 3.2 kilometer (km) dan LRA Bernam River Headwork (BRH) pada jarak 31.5 km.

"Semakan di lokasi insiden dan persekitarannya oleh pasukan LUAS sejurus tiba mendapati lori yang belum dikenal pasti pemiliknya disyaki terbabas masuk ke dalam Sungai Bernam dan menyebabkan tumpahan minyak."Kod Kuning telah diaktifkan mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan atau mitigasi segera.

"LUAS telah segera mengaktifkan pemantauan statik di LRA BRH dan melaksanakan tindakan pecegahan awal dengan meletakkan 'oil boom' di muka sauk LRA BRH," katanya menerusi hantaran di Facebook.Dalam pada itu, LUAS berkata, pihaknya memantau rapi kerja pengalihan kenderaan terlibat dan selesai sepenuhnya dikeluarkan daripada sungai pada 5.15 petang."Pasukan LUAS sedang memantau rapi keadaan semasa sungai terlibat serta siap siaga bagi sebarang kemungkinan," ujarnya.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2025-02-03 08:11:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page