Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

EXCO: Pelancong antarabangsa ke Selangor meningkat lima peratus pada 2024

Sumber : Selangor Kini

image

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bersama pemenang selepas menyempurnakan perasmian Pesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

 

KUALA KUBU BHARU, 9 FEB: Kehadiran pelancong luar negara ke Selangor merekodkan peningkatan lima peratus selepas pelancaran Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025, kata EXCO Pelancongan.

Dato’ Ng Suee Lim berkata secara purata kehadiran pelancong antarabangsa adalah 30 peratus pada 2023, namun menunjukkan kenaikan Disember lalu.

“Sebenarnya kita jangka kehadiran pelancong tempatan 70 peratus dan luar negara 30 peratus. Tetapi pada Disember lalu, kita tengok ada peningkatan kepada 35 peratus.image EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim pada sidang media selepas majlis perasmian Pesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

 

“Jika trend ini berterusan, kita yakin pelancong antarabangsa juga dapat menyaingi dengan kehadiran pelancong tempatan sepanjang tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis perasmian Pesta Joran 2025 di Tasik Fraser Valley di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata Pesta Joran 2025 menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan 710 pemancing berbanding sasaran 500 peserta.

Menurutnya, program dengan kerjasama swasta itu membuktikan aktiviti memancing mendapat tempat dan berpotensi menjadi tarikan pelancong.

“Kita terkejut dengan sambutan yang amat baik daripada pemancing. Ini membuktikan memancing mendapat perhatian dan berpotensi untuk tarik pelancong luar,” katanya.

Pesta Joran 2025 menawarkan hadiah keseluruhan RM20,000 dengan yuran penyertaan RM50.

image
Lebih 700 individu menyertai pertandingan memancing Pesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

 


Kemaskini pada 2025-02-10 16:31:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page