Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ahli Parlimen Hulu Selangor dibenarkan keluar IJN

Hasnizan memaklumkan pembedahan dibuat susulan prosedur angiogram pada 18 Disember lalu yang mengesan tiga pembuluh darah jantungnya tersumbat. - Foto FB Hasnizan Harun

Hasnizan memaklumkan pembedahan dibuat susulan prosedur angiogram pada 18 Disember lalu yang mengesan tiga pembuluh darah jantungnya tersumbat. - Foto FB Hasnizan Harun
 

HULU SELANGOR: Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun dibenarkan pulang semalam selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Khamis lalu.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) dari PAS itu sudah pulang ke kediamannya petang semalam dan memaklumkan memerlukan rehat secukupnya di bawah pemantauan keluarga.

"Ramai yang bertanya mengenai ziarah, namun atas nasihat doktor, adalah lebih baik jika dilakukan selepas seminggu yang pertama iaitu bermula hari ini.

"Ia bagi memberi ruang untuk berehat dan menjalani proses pemulihan sepenuhnya," katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Terdahulu, Hasnizan memaklumkan pembedahan dibuat susulan prosedur angiogram pada 18 Disember lalu yang mengesan tiga pembuluh darah jantungnya tersumbat.

Beliau kemudian menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.


Kemaskini pada 2025-02-19 07:59:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page