Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Buru Syarikat Korporat dan Individu

  • Buru syarikat korporat, individuTunggakan cukai yang dijelaskan akan disalurkan semula kepada penduduk melalui kerja baikpulih kemudahan jalan raya dan sebagainya.
< 1 / 1 >
BUKIT BERUNTUNG - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mensasarkan untuk melaksanakan kutipan jumlah tunggakan cukai sebanyak RM20 juta pada tahun ini terhadap pemilik yang gagal membuat pembayaran sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Ahli Majlis MDHS, June Leow berkata, sasaran tersebut dibuat memandangkan jumlah tunggakan cukai di seluruh Hulu Selangor pada masa ini adalah dianggarkan sebanyak kira-kira RM70 juta dan ia melibatkan syarikat korporat serta pihak individu.

Menurutnya, kawasan Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Taman Bunga Raya antara lokasi yang mencatatkan jumlah tunggakan tertinggi di daerah ini.

“Tiga kawasan ini mempunyai jumlah tunggakan yang sangat tinggi dan MDHS akan melaksanakan kutipan secara lebih agresif pada tahun ini,” katanya.

Bagi tujuan itu June memaklumkan, MDHS akan menggunakan empat kaedah antaranya menubuhkan 27 pasukan yang akan bergerak untuk melaksanakan kerja kutipan cukai di daerah ini.

"Selain itu, MDHS juga akan buka kaunter bergerak bagi memudahkan operasi pembayaran tunggakan dijalankan.

“Kutipan juga akan lebih berfokuskan kepada syarikat korporat besar yang gagal membuat pembayaran tunggakan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak yang mempunyai kesulitan untuk membuat pembayaran boleh berunding terlebih dahulu dengan pegawai MDHS bagi memohon kelonggaran untuk menjelaskan jumlah tunggakan terbabit.

"MDHS akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran dengan menggunakan kaedah pembayaran balik secara ansuran kepada pihak berkenaan bagi memudahkan setiap pihak.

“Namun pihak terlibat harus berunding terlebih dahulu bagi mengetahui jumlah tunggakan mereka dengan MDHS,” katanya.

June berkata, MDHS tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan ke atas pihak yang gagal membuat penjelasan bayaran tunggakan sehingga akhir tahun ini.

“Kerjasama setiap pihak amat penting dan mana-mana pihak yang gagal berbuat demikian berkemungkinan akan dikenakan tindakan sita atau sewajarnya,” katanya.

Kemaskini pada 2015-03-30 08:15:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page