Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Noktah kemelut Felda Sungai Buaya

Salah seorang penduduk Kampung Sungai Buaya menerima cek daripada Amirudin di Majlis Kenduri Kesyukuran dan Penyampaian bayaran kepada bekas-bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan Suratan Hakmilik Individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN /MEDIA SELANGOR
Salah seorang penduduk Kampung Sungai Buaya menerima cek daripada Amirudin di Majlis Kenduri Kesyukuran dan Penyampaian bayaran kepada bekas-bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan Suratan Hakmilik Individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN /MEDIA SELANGOR.

 

BERLARUTAN selama 30 tahun, penantian 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya berakhir jua hasil tekad dan kesungguhan pentadbiran negeri dan pelbagai agensi berkaitan untuk menoktahkan kemelut itu.

Dalam majlis penuh emosi di Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor pada 23 Februari, mereka menerima baki pampasan RM100,000 dan dokumen hak milik.

“Hari ini, baki pampasan tertunggak sekitar 30 peratus mula dibayar dengan RM100,000 kepada setiap peneroka. Usaha ini bukan sahaja menoktahkan penantian puluhan tahun, malah membuka lembaran baharu untuk Sungai Buaya,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Penyelesaian awal sebenarnya berlaku pada 2022 apabila Amirudin yang baharu memimpin pentadbiran negeri memulakan semula perbincangan isu berkenaan.

“Sejak menjadi Dato’ Menteri Besar, saya menerima maklum balas terdapat banyak masalah pemilikan tanah yang belum diselesaikan. Sebagai kerajaan peduli rakyat, saya tuntas bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya pada 13 April 2018.

Hak milik tanah
 

Pada 2022, penyelesaian muktamad dicapai sekali gus petanda awal mengakhiri kemelut sejak 1994. Sebelum Amirudin, beberapa pihak berusaha menangani masalah itu tetapi ia tidak menoktahkan isu tersebut.

Pada tahun sama, beliau membuat pengumuman semua 3,580 pemilik unit di Bandar Sungai Buaya bakal menerima hak milik tanah secara berperingkat. Pengumuman tersebut melegakan mereka, apatah lagi segala janji sejak 2018 mula dipenuhi.Penyelesaian itu membabitkan tunggakan pampasan dan dokumen hak milik.
Salah seorang penduduk Kampung Sungai Buaya terharu menerima cek daripada Amirudin Shari di Majlis Kenduri Kesyukuran dan Penyampaian bayaran kepada bekas-bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan Suratan Hakmilik Individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Salah seorang penduduk Kampung Sungai Buaya terharu menerima cek daripada Amirudin Shari di Majlis Kenduri Kesyukuran dan Penyampaian bayaran kepada bekas-bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan Suratan Hakmilik Individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Ini sekali gus memudahkan penerima untuk menjalankan urusan pindah milik, pembahagian wasiat atau pinjaman bank.

Kejayaan itu hasil usaha keras banyak pihak antaranya Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Pejabat Tanah & Galian Selangor dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Justeru, pentadbiran Amirudin pada masa ini berazam untuk memberi lebih tumpuan bagi membangunkan lagi prasarana awam di bandar berkenaan.

Kemelut itu bermula apabila usaha membangunkan tanah menemui kegagalan, bahkan masalah meruncing apabila aset berkenaan dirampas melalui saluran perundangan.

Mulanya, peneroka menubuhkan Murna Jaya Development Berhad (Murna Jaya) pada 1994 bagi memajukan tanah secara usaha sama dengan mana-mana pemaju.

Sinar baharu

Dua tahun kemudian, syarikat itu menjalin perjanjian dengan Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) untuk memajukan keseluruhan tanah menjadi bandar baharu.

Rumah dan kedai didirikan. Namun, BSB tidak berupaya meneruskan projek mulai 1998 akibat kemelesetan ekonomi. Pembangunan terhenti.

Namun, BSB setuju memulangkan 654.37 hektar tanah dan sebahagian lagi di mukim Serendah sebagai ganti rugi berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2005, tetapi, semua tanah didaftar atas nama BSB kecuali di mukim Serendah.

BSB gagal menukar nama kepada Murna Jaya berikutan isu cukai.

Pada awal 2009, Murna Jaya menerima notis cukai tertunggak berjumlah RM8.22 juta. Pada 2011, Murna Jaya menerima surat menyatakan lapan hak milik tanah seluas 419.57 hektar dirampas.

Prosiding merampas tiga lagi hak milik seluas 451.62 hektar di mukim Serendah juga dimulakan.

Mereka kemudian bercadang menyelesaikan cukai tertunggak semua 2,152.8 hektar yang dirampas termasuk di mukim Serendah secara berperingkat dan tanah tersebut dipulangkan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Murna Jaya Development Berhad, Amirul Fahmi Ahmad berterima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Amirudin yang memberi perhatian dan bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian.

“Tidak dilupakan peranan penting yang dimainkan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad yang sentiasa menjadi penghubung dan pemudahcara kepada urusan Murna Jaya dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2025-03-04 07:43:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page