Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Guna MPV kawan edar dadah, lelaki ditahan polis

Seorang lelaki ditahan polis selepas menggunakan MPV rakannya untuk mengedar dadah di susur keluar tol Lembah Beringin. - Foto ihsan polis
Seorang lelaki ditahan polis selepas menggunakan MPV rakannya untuk mengedar dadah di susur keluar tol Lembah Beringin. - Foto ihsan polis

HULU SELANGOR: Tindakan seorang lelaki menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik rakannya untuk mengedar dadah terbongkar selepas ditahan polis yang sedang melakukan rondaan, Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 52 tahun yang memandu Proton Exora itu ditahan di susur keluar tol Lembah Beringin, kira-kira jam 4.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui lapan paket plastik lut sinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 537 gram, lapan paket syabu (62 gram) dan 30 keping aluminum foil Erimin 5 (83 gram) dengan semuanya disimpan dalam beg silang kulit yang diletakkan di tempat duduk hadapan."Pemeriksaan juga mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan morfin, mempunyai empat rekod jenayah lalu dan sudah setahun menjalankan kegiatan ini.

"Keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM13,220. Polis percaya bahan terlarang itu untuk dipasarkan di sekitar Hulu Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini.Suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lalu dan kes disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Sumber : Berita Harian


Kemaskini pada 2025-03-10 07:27:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page