Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Banjir di Batang Kali: Wanita warga emas antara 50 mangsa yang terjejas

Anggota bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan susulan kejadian banjir di Kampung Rawang Putar, Batang Kali, Selangor. Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan susulan kejadian banjir di Kampung Rawang Putar, Batang Kali, Selangor. Foto Ihsan Bomba

 

HULU SELANGOR: Seorang wanita warga emas antara 50 mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Rawang Putar, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.23 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke tempat kejadian.

"Menurut laporan awal, banjir yang berlaku membabitkan tiga rumah dengan salah satunya berpenghuni, dianggarkan 50 orang enggan berpindah keluar.

"Terdapat seorang mangsa wanita berusia 84 tahun berjaya dibawa keluar ke lokasi selamat dan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan anggaran kedalaman air di kampung itu adalah 0.9 meter tetapi ia dilihat semakin menurun.

Sumber : Berita Harian Online


Kemaskini pada 2025-04-07 07:47:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page