Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tanah runtuh: Jalan Ulu Yam Baharu-Batu Caves ditutup bagi kerja pembersihan

Kerja pembersihan tanah runtuh dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor. - Foto Ihsan JKR Hulu Selangor
Kerja pembersihan tanah runtuh dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor. - Foto Ihsan JKR Hulu Selangor

 

HULU SELANGOR: Laluan B23 Jalan Ulu Yam Baharu-Batu Caves (Jalan Sungai Tua-Ulu Yam) ditutup sementara berikutan tanah runtuh dan ancaman kepala air malam tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor menerusi hantaran di Facebook berkata, ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

"Pengguna jalan raya yang ingin ke kawasan Batang Kali atau Ulu Yam disyorkan menggunakan jalan alternatif Laluan FT001 Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim dan Laluan B57 Jalan Ulu Yam Baharu-Batu Ulu Yam Lama," katanya.

"Pengguna disarankan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan. Kerjasama semua pihak adalah dihargai dan segala kesulitan amat dikesali," katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam.Penolong Pengarah Operasinya, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menghalang laluan terbabit.Menurutnya, hanya sebatang pokok yang tumbang akibat runtuhan dan menghalang sebahagian jalan raya.

Sumber : Berita Harian Online


Kemaskini pada 2025-04-07 07:56:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page