Laluan B23 Jalan Ulu Yam Baharu - Batu Caves (Jalan Sungai Tua-Ulu Yam) yang ditutup berikutan tanah runtuh kelmarin, dibuka semula hari ini. - Foto FB JKR Gombak
HULU SELANGOR: Laluan B23 Jalan Ulu Yam Baharu - Batu Caves (Jalan Sungai Tua-Ulu Yam) yang ditutup berikutan tanah runtuh kelmarin, dibuka semula hari ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, laluan itu akan dibuka kepada semua pengguna jalan raya mulai jam 1 tengah hari ini selepas kerja pembersihan selesai.Pengguna disaran agar berhati-hati ketika melalui laluan terbabit dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.
Terdahulu, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku tanah runtuh di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam.
Penolong Pengarah Operasi, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menghalang laluan terbabit.
Menurutnya, hanya sebatang pokok yang tumbang akibat runtuhan dan menghalang sebahagian jalan raya.
Sumber : Berita Harian Online
Kemaskini pada 2025-04-07 08:03:44 daripada Administrator