Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Belum reda kemas rumah, banjir kilat kembali lagi

Limpahan air Sungai Bernam mula memenuhi kawasan oenempatan penduduk di Kampung Sentosa, Batang Kali. -  Foto NSTP/IHSAN APM HULU SELANGOR.
Limpahan air Sungai Bernam mula memenuhi kawasan oenempatan penduduk di Kampung Sentosa, Batang Kali. - Foto NSTP/IHSAN APM HULU SELANGOR.

 

HULU SELANGOR: Belum reda penat lelah mengemas kediaman susulan banjir kilat yang melanda kelmarin, penduduk Taman Seri Cahaya dan Kampung Sentosa, Batang Kali, di sini sekali lagi terpaksa berdepan kejadian sama hari ini.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 20 rumah dimasuki air yang mana air dilihat semakin meningkat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Leftanan (PA) Mohd Faizal Mohd Sharif berkata, pihaknya melakukan pemantauan di dua lokasi terbabit mulai jam 6.50 petang tadi.
Keadaan di Taman Seri Cahaya dekat Batang Kali yang dilanda banjir kilat, hari ini. - Foto NSTP/IHSAN APM HULU SELANGOR.
Keadaan di Taman Seri Cahaya dekat Batang Kali yang dilanda banjir kilat, hari ini. - Foto NSTP/IHSAN APM HULU SELANGOR.

Beliau berkata, penduduk memaklumkan dalam bulan ini saja banjir kilat melanda sebanyak dua kali."Cuaca hujan yang berterusan menyebabkan limpahan air dari Sungai Bernam dan mengakibatkan banjir kilat.

"Pada masa sama, saliran di perumahan Taman Seri Cahaya tidak mampu menampung jumlah air hujan yang berterusan," katanya ketika dihubungi.

Mohd Faizal berkata, ketika ini keadaan masih terkawal dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

"Laporan lanjut berhubung kejadian akan menyusul," katanya.

Sumber : Berita Harian Online


Kemaskini pada 2025-04-07 08:22:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page