Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki maut dihempap lori dipandu

Keadaan lori terbalik menyebabkan seorang lelaki maut dihempap di sebuah tapak pembinaan dekat Antara Gapi, semalam. - Foto ihsan polis
Keadaan lori terbalik menyebabkan seorang lelaki maut dihempap di sebuah tapak pembinaan dekat Antara Gapi, semalam. - Foto ihsan polis

HULU SELANGOR: Seorang lelaki maut selepas dihempap lori dipandunya di sebuah tapak pembinaan dekat Antara Gapi, di sini semalam.Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa, 36, yang bekerja sebagai pemandu lori selama dua tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan mendapati lori 10 tan membawa muatan tanah untuk tujuan tambak di kawasan pembinaan.
"Selepas selesai mengeluarkan muatan tanah, kenderaan berat terbabit tiba-tiba condong ke sebelah kanan."Mangsa turun untuk menyelamatkan diri, namun tidak sempat sebelum dihempap," katanya.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kemaskini pada 2025-04-08 07:53:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page