Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki Bangladesh maut, empat cedera kemalangan tiga kenderaan

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, Hulu Selangor pada Selasa.
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, Hulu Selangor pada Selasa.

 

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala empat lagi individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.27 tengah hari.

 

"Seramai 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, BBP Kuala Kubur Bharu serta BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler, sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Toyota.

"Tiada mangsa tersepit dalam kemalangan ini, namun seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun yang menaiki lori tiga tan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga menaiki lori berkenaan dilaporkan cedera parah," katanya.
 

Beliau berkata, tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan ialah seorang lelaki berusia 26 tahun yang memandu treler serta dua lelaki berusia 52 dan 18 tahun yang menaiki kereta Toyota.

"Kesemua mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan, manakala kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.


Kemaskini pada 2025-04-09 08:23:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page