Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

10 rumah rosak akibat ribut di Hulu Selangor

Pokok tumbang atas kediaman penduduk selepas ribut di Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, di sini semalam. - Foto NSTP/Ihsan APM HULU SELANGOR.
Pokok tumbang atas kediaman penduduk selepas ribut di Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, di sini semalam. - Foto NSTP/Ihsan APM HULU SELANGOR.

HULU SELANGOR: Sekurang-kurangnya 10 rumah rosak susulan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, bahagian belakang dua daripada kediaman terbabit dihempap pokok tumbang.Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Leftanan (PA) Mohd Faizal Mohd Sharif berkata, sepasukan tiga anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian."Hasil pemantauan mendapati rumah yang terjejas mengalami kerosakan pada bumbung. Bagaimanapun, keadaan adalah baik dan terkawal.

Bumbung sebuah kediaman rosak akibat ribut di Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, semalam.- Foto NSTP/Ihsan APM HULU SELANGOR
Bumbung sebuah kediaman rosak akibat ribut di Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, semalam.- Foto NSTP/Ihsan APM HULU SELANGOR

"Kerja mengagihkan pokok tumbang kemudian dijalankan pasukan penyelamat bersama penduduk kampung," katanya ketika dihubungi, hari ini.Mohd Faizal berkata, sebatang pokok berjaya dialihkan manakala sebatang lagi disambung hari ini susulan keadaan cuaca yang gelap dan berisiko.


Kemaskini pada 2025-04-15 07:39:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page