Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pembantu kedai maut dirempuh kereta

Mangsa dalam perjalanan pulang dari Ulu Bernam ke Prima Damansara dipercayai menunggang motosikal yang sedang ditunda rakannya selepas mengalami kerosakan sebelum terbabas dan dirempuh sebuah kereta.
Mangsa dalam perjalanan pulang dari Ulu Bernam ke Prima Damansara dipercayai menunggang motosikal yang sedang ditunda rakannya selepas mengalami kerosakan sebelum terbabas dan dirempuh sebuah kereta.

 

 

HULU SELANGOR – Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 419.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Tol Bukit Tagar, awal pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an sedang dalam perjalanan pulang dari Ulu Bernam ke Prima Damansara.

 

Menurutnya, motosikal yang ditunggang mangsa mengalami kerosakan dan sedang ditunda oleh rakannya menggunakan sebuah motosikal lain ketika kejadian berlaku.

"Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan.

"Mangsa kemudian dirempuh oleh sebuah kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-60641222 atau 011-33293547 bagi membantu siasatan.


Kemaskini pada 2025-04-21 07:34:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page