Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mayat lelaki reput ditemukan dalam rumah

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Bukit Beruntung, di Hulu Selangor, pada Ahad. Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Bukit Beruntung, di Hulu Selangor, pada Ahad. Gambar hiasan

HULU SELANGOR - Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Bukit Beruntung, di sini, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.48 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di rumahnya, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Mohd Asri berkata, pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mayat berada dalam keadaan telah mereput (decomposed body),” katanya.
 

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan," ujarnya.


Kemaskini pada 2025-04-22 14:33:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page