Keadaan Proton Satria dipandu mangsa yang remk selepas bertembung Proton Iriz yang masuk ke lalauan bertentangan di Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung. - Foto ihsan polis
HULU SELANGOR: Seorang mekanik maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Kejadian berlaku jam 9.30 malam di Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, di sini menyebabkan mangsa, 23, maut di lokasi kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan mendapati Proton Satria dipandu mangsa dari arah Gombak menuju Bukit Beruntung, bertembung dengan Proton Iriz dipandu lelaki berusia 29 tahun yang masuk ke laluan bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dalam kenderaan dan anggota bomba yang tiba di lokasi mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkannya.
"Mangsa itu disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Berita Harian Online
Kemaskini pada 2025-04-29 07:52:48 daripada Administrator