Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Sukan udara KKB pikat peluncur antarabangsa, galak pelancongan hijau

image
Aksi salah seorang peserta Kejohanan Kuala Kubu Bharu Paragliding Accuracy Competition (Open) 2025 di Bukit Batu Pahat, Ampang Pecah. Foto MPHS

 

SHAH ALAM, 6 MEI: Seramai 56 peserta dari enam negara telah berentap menerusi Kejohanan Kuala Kubu Bharu Paragliding Accuracy Competition (Open) 2025 di Bukit Batu Pahat, Ampang Pecah yang diadakan baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Julaihah Jamaludin berkata program tersebut membuktikan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa menyokong pembangunan sukan udara, pelancongan hijau dan penglibatan komuniti.

“Dari langit biru ke rimba hijau, bergema semangat kesukanan dan kelestarian yang bersatu mencorak panorama luar biasa Wow Hulu Selangor, destinasi unggul pilihan dunia,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama antara MPHS dan Kelab Luncur Udara KKB itu mendapat pengiktirafan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) serta status rasmi Kategori 2 FAI.

Selain menjadi medan pertembungan bakat udara terbaik rantau, pengiktirafan yang diperoleh dalam kejohanan tersebut juga memberi peluang kepada atlet untuk mengumpul mata kejohanan antarabangsa.

Berlangsung selama tiga hari dari 2 Mei hingga 4 Mei lalu itu menyaksikan penglibatan peserta dari China, India, Singapura, Malaysia serta Thailand menerusi tujuh kategori seperti Junior, Veteran, Wanita dan Kebangsaan dengan setiap pemenang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai.

Dalam pada itu, majlis penutup turut disempurnakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim yang dihadiri Presiden MSAF, Nurhaqimy Ismail dan Presiden Kelab Luncur Udara KKB, Mohd Nazri Sulaiman.

 
 

 


Kemaskini pada 2025-05-07 08:53:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page