Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

38 individu diberkas dalam Ops Sarang

Antara individu yang ditahan dalam Ops Sarang di Hulu Selangor pada Khamis.
Antara individu yang ditahan dalam Ops Sarang di Hulu Selangor pada Khamis.
 

HULU SELANGOR – Seramai 38 individu termasuk dua lelaki warga asing ditahan dalam serbuan Ops Sarang di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi pengedaran dan penagihan dadah, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor sebagai langkah membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

 

“Kita juga berjaya menangkap seorang pengedar dadah, di mana modus operandi yang dijalankan adalah penagih akan menunggu ‘tokan’ datang ke lokasi atau ‘port’ untuk membeli dadah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Hussein berkata, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat 33.9 gram dan syabu seberat 1.5 gram dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1,012.50.

“Kesemua individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 61 tahun dan ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua individu berkenaan positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Kemaskini pada 2025-06-03 11:31:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page