Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kesan Retak Pada Blok Makin Teruk

  • Kesan retak pada blok makin terukKesan retakan di sebuah kediaman penduduk yang semakin membimbangkan.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - 'Ibarat nyawa di hujung tanduk'. Demikian ungkapan yang tepat untuk menggambarkan nasib penduduk di Apartmen Seri Torompet yang berdepan dengan risiko berikutan keadaan kediaman mereka yang retak sejak beberapa tahun lalu.

Seorang penduduk, Mohd Jefry Osman, 32, berkata, keadaan keretakan di apartmen berkenaan dilihat semakin teruk sejak lima tahun kebelakangan ini malah turut mengundang kegusaran penghuni yang menetap di sini.

Malah katanya, ada kediaman penduduk yang sangat berisiko dan hanya menanti masa untuk roboh disebabkan oleh masalah berkenaan.

“Hampir keseluruhan blok kediaman di sini mengalami masalah itu dan keadaan tersebut sememangnya menggusarkan kami setiap hari.

"Dengan keadaan hujan yang kerap sekarang ini, penghuni memang rasa tak selamat tentang keselamatan keluarga," katanya.

Selain itu menurutnya, permasalahan berkenaan juga menyebabkan penyewa luar bimbang untuk menetap di apartmen berkenaan.

“Kesan retak itu memang nampak jelas, sebab itu ramai orang takut nak menyewa dekat sini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berkenaan, Che Mat Hassan berkata, keadaan retakan tersebut berlaku disebabkan mendapan tanah yang terjadi berikutan masalah sistem saliran di sini yang tidak beroperasi dengan baik.

Disebabkan itu menurutnya, air di dalam longkang berkenaan tidak dapat disalirkan dengan baik pada waktu hujan dan diserap sehingga menyebabkan keadaan tanah tidak kuat.

“Kawasan ini ada 11 blok dan hampir keseluruhan mempunyai masalah sistem saliran sehingga menyebabkan keretakan.

"Sebelum ini, beberapa aduan pernah dibuat kepada pihak bertanggungjawab dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor juga pernah maklumkan sebelum ini blok kediaman ini tidak selamat diduduki," katanya.

Namun beliau berkata, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak untuk membantu penduduk.

"Sejak duduk di blok berkenaan pada 2003, keadaan retakan tak teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan sekarang ini.

"JMB juga kini sedang dalam perancangan untuk memanjangkan permasalahan itu semula kepada pihak terlibat bagi membantu menyelesaikan permasalahan itu," katanya.


Kemaskini pada 2015-05-07 07:54:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page